#ASPIRASI
VIDEO MONTAJ MAJLIS PALUAN BERUNDUR SEMPENA PERSARAAN PENGARAH BAHAGIAN PERANCANGAN DASAR DAN PENYELARASAN APM
Mari sama-sama kita saksikan Video Montaj Majlis Persaraan YS PPj. (PA) Sharudin bin Md Zain, Pengarah Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan IPPA bertempat di Ibu Pejabat Pertahanan Awam.
Turut hadir, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama YAS TPj. (PA) Hj. Abdul Wahab bin Hj. Rahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah APM Negeri dan Komandan Pusat Latihan APM, Pegawai Kanan APM, Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu APM serta warga kerja APM seluruh Malaysia.
Majlis dimulakan dengan Sesi Pemeriksaan Perbarisan yang diketuai oleh Mej. (PA) Zahidi bin Zainudin, Pegawai Pertahanan Awam Negeri Pahang yang melibatkan penyertaan Pegawai dan Anggota APM seramai 85 orang dari APM Negeri Pahang, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Johor termasuk Pasukan Pancaragam APM dari Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) dan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU).
Majlis diteruskan dengan acara di dalam dewan iaitu sesi tayangan video montaj mengenai jasa dan pengorbanan YS Tuan Sharudin sepanjang perkhidmatannya bersama APM selama 30 tahun bermula dari 01 September 1994.
Turut diadakan Sesi Penganugerahan Pingat Setia Pertahanan Awam Kelas Pertama kepada YS Tuan Sharudin yang disampaikan oleh YAS Datuk Ketua Pesuruhjaya APM dan penyampaian cenderahati kepada beliau dari Pihak Pengurusan Tertinggi APM.
Majlis diakhiri dengan Sesi Clocking Out di perkarangan lobi APM dan acara luar dewan yang disaksikan oleh semua warga kerja APM.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YS Tuan atas sumbangan dan khidmat bakti sepanjang bertugas bersama APM. Semoga YS Tuan sentiasa dipermudahkan urusan, dipanjangkan umur dan berada dalam sihat sejahtera hendak-Nya.
Jabatan Perdana Menteri
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunTimurLaut2024
#TaatSetia
Ещё видео!