#masakansimple #resepimudah #kek #keksarangsemut
Assalamualaikum semua...
Hari ni, sis nak kongsikan satu resepi kek orang dulu-dulu. Asalnya nama resepi ni, Kek Gula Hangus/kek sarang semut. Ada juga yang panggil kek karamel/bahulu karamel. Tapi hari ini, namanya Kek Sarang Semut Pandan. Sebab ianya tidak menggunakan gula hangus seperti kebiasaannya..
So, jom kita tengok bahan-bahannya :-
Untuk air gulanya :-
1 cawan air perahan daun pandan
1 cawan gula pasir
2 sudu besar marjerin/butter (JANGAN penuh, sederhana penuh sahaja)
- masukkan gula dan air pandan dalam periuk, masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan butter/marjerin. Tutup api. Biarkan marjerin/butter tu cair. Ketepikan sebentar.
Sambil itu, kita boleh buat step yang seterusnya
Bahan seterusnya:-
4 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum *
2 sudu kecil soda bikarbonat *
1 sudu kecil baking powder *
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit pewarna hijau
(ayak bahan yang bertanda *)
Campurkan telur, susu pekat dengan esen vanilla. Kacau sebati dengan senduk atau hand wisk aje... Bila semuanya sudah tercampur rata, masukkan adunan kering yang telah diayak tadi. Gaul lagi sehingga hilang ketulan tepung. bila semuanya sudah sebati, boleh tuang air gula pandan yang kita dah buat awal tadi. Jangan risau, adunan memang nampak cair. Masukkan sedikit pewarna hijau untuk mencantikkan lagi warna kek kita tu...Supaya bila dah bakar, wowwww!!! menakjubkan dan tak nampak pucat sangat... heheheh..
Last sekali, bila dah tercampur rata semuanya, tepung yang berketul-ketul dah tak ada. Bolehlah kita tuang ke dalam loyang.. kat sini, sis gunakan loyang alminium saiz 110mm x 220mm x 55mm (aluminium foil yang pakai buang tu aje....heheheh) sis tak sapu marjerin pun pada loyang tu sebab kek senang tanggal kalau guna loyang tu... boleh koyakkan aje...heheheh... tapi, klu guna loyang yang kena basuh tu, sapulah sedikit marjerin.. nanti lekat, orang nangis pulak... so, bila dah tuang dalam loyang tu, bolehlah masukkan dalam oven yang sudah dipanaskan terlebih dahulu.
step membakar kek sarang semut :-
suhu dalam 150-160'C (bergantung pada oven koranglah)
1-bakar guna api bawah dahulu selama 30 minit
2-tambah lagi masa pembakaran selama 10 minit dengan api atas bawah pulak..
cucuk dengan lidi kalau nak tahu kek masak atau tak... kalau lidi keluar bersih aje, means kek kita sudah masak...
so, dah boleh mamam dahhhh...
terima kasih kerana sudi membaca... selamat mencuba
untuk video pembuatan air gulanya, sis sertakan linknya di sini :-
[ Ссылка ]
Terima Kasih.
Jangan lupa untuk LIKE & SUBSCRIBE channel saya ya....
Ещё видео!