Nak habiskan stok kelapa parut yang ada tu.. terus teringat nak buat kuih dangai.. Suka ada kelainan sebab ada tabur gula melaka atau gula merah, lagi sedap.. Alhamdulillah dapat minum petang hari ni.. saya bakar garing sedikit sedap makan panas..😋
KUIH DANGAI
By ~ Julia Aleen Aireish
sumber ~ duniahanyasementarafy
Bahan-bahan :
3 cawan kelapa parut - putih
1 cawan tepung pulut
3/4 cawan gula pasir - saya kurangkan lagi ikut kesesuaian rasa sendiri
Secubit garam
Sedikit gula merah atau gula melaka - optional sahaja
Acuan kuih dangai, jika tiada boleh guna acuan kuih kemboja atau ikut citarasa.
Cara-caranya :
1. Satukan kelapa, tepung pulut, gula dan garam, gaul sekata dan berderai tidak bergumpal atau berbiji.
2. Letak ke dalam acuan, jika guna gula merah caranya - letak adunan asal sedikit, kemudian tabur gula merah, lapiskan atasnya dengan adunan asal semula. Buat hingga adunan habis.
3. Pastikan oven telah dipanaskan dahulu, bakar suhu 200 selama 15 minit bergantung oven masing-masing. Terpulang inginkan keperangan yang disukai.
4. Setelah masak, keluarkan dari oven dan terus alihkan kuih dangai daripada acuan semasa masih panas. Sedia dinikmati bersama kopi O, sedap rasa garing-garing.
jom buat..
JANGAN LUPA SUBSCRIBE YER.. BANYAK RESIPI & TIPS MENYUSUL..
follow fb (JuliaAleenAireish) & see first utk next resipi merecik..
FB - [ Ссылка ]
IG - [ Ссылка ]
Ещё видео!