Sup Tulang Thai
👉👉Bahan² yang diperlukan
1 1/2 biji bawang holland
4 ulas bawang putih
1/2 inchi halia
1 biji tomato
1/2 inchi lengkuas
10 biji cili akar
16 biji cili padi
2 1/2 biji jus limau nipis
2 batang sadri
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar cuka
Daun ketumbar
Akar ketumbar
500g tulang
🌼🌼Cara menyediakan
✔️Rebus tulang menggunakan 3L air dan masukkan 2 sudu cuka makan. Rebus sehingga daging lembut.
✔️Kemudian blend 1/2 biji bawang holland, 4 ulas bawang putih, 1/2 inchi halia dan 1 biji tomato..Blend sehingga hancur.
✔️Bila air rebusan daging dah berkunang dan daging dah sedikit lembut.. Masukkan lengkuas yang dah di ketuk, akar ketumbar dan bahan blend. Kacau sehingga mendidih.
✔️Seterusnya masukkan cili padi dan cili akar yang dah di ketuk..Kacau sekejap dan masukkan batang sadri .
✔️Kemudian masukkan 3 sudu besar sos ikan.
✔️Bila kuah dah berkurangan masukkan jus limau nipis, bawang holland dan tomato.
✔️Kemudian perasan dengan sedikit garam
✔️Akhir sekali tabur daun ketumbar.. Kacau sekejap dan tutup api.
✔️Sup Tulang Thai Pedas Kak long dah siap untuk dihidangkan 💃💃
#SupTulang
#ResepiSupTulang
#PortResepi
Ещё видео!