Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya!
Anda mesti pernah dengar tentang Pasar kraftangan di Kota Kinabalu, bukan? Tapi tahukah anda bahawa pada setiap hari Ahad, ada sebuah pasar minggu yang akan dibuka berdekatan lokasi berkenaan. Dibuka seawal 6 pagi lagi.
Banyak hasil jualan boleh didapati di sini. Antaranya ialah bahan mentah seperti sayuran, serta makanan laut yang segar. Juga terdapat jualan makanan, barangan runcit, dan pakaian "bundle". Harganya murah dan berpatutan.
Jika ada masa terluang, bolehlah kiranya anda singgah ke sini dan rasai sendiri pengalamannya. Setelah itu pula, anda juga boleh meneruskan perjalanan ke Tamu Gaya Street. Kerana ia dibuka pada waktu dan hari yang sama, cuma berbeza tempat.
Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk menonton video ini. Jika ada sebarang pertanyaan mahupun cadangan, silalah tinggalkan ia di ruangan komen yang tersedia.
Music : Inner Light by Kevin MacLeod
Ещё видео!