Berkunjung Ke Brunei Anda Wajib Isi Ini, Berikut Adalah Garis Panduan Untuk Anda Daftar E-Arrival Card. Mulai 09 Februari 2023, setiap orang yang berkunjung ke Brunei diwajibkan mengisi E-Arrival Card. E-arrival Card ini menggantikan Borang 19 (Embarkation/Disembarkation Form) yang digunakan saat ini.
Untuk mengisi E-Arrival Card ini sebaiknya dilakukan sebelum naik pesawat ke Brunei. Skrol ke bawah untuk ketahui cara-cara untuk mengisi E-Arrival Card.
Berikut adalah cara-caranya:
Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah dokumen perjalanan atau pasport yang sah, alamat kediaman di Negara Brunei Darussalam dan butiran penerbangan atau kenderaan yang digunakan.
1. Lawati laman web [ Ссылка ] dan klik ‘Daftar Sekarang’ untuk Permohonan Baharu.
2. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan di Brunei INRS portal dalam medan yang disediakan. Klik ‘log masuk’ untuk memasuki portal. Jika anda tidak mempunyai akaun, anda boleh daftar dengan mengisi maklumat.
3. Setelah pengguna log masuk, halaman utama portal akan dipaparkan. Di dalam utama menu, klik pada ‘Travel Card’ untuk memulakan pendaftaran E-Arrival Card.
4. Klik ‘Create Travel Card’ untuk permohonan baharu.
5. Bagi Bahagian 1 ‘Identiti’, pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat wajib (Nama Penuh, Tarikh Lahir, Jantina, Tempat Lahir, Kewarganegaraan, No Pasport, Tempat Dikeluarkan, Tarikh luput).
Individu dikehendaki mengisi ruangan wajib yang telah ditandakan.
6. Untuk Bahagian 2 ‘Maklumat Am’, lengkapkan maklumat yang diperlukan. Untuk bahagian 3 & 4 ‘Arrival Data & Departure Data’, lengkapkan maklumat yang diperlukan kemudian klik ‘Create’.
7. Halaman permohonan untuk E-Travel Card akan dipaparkan seperti di atas bersama dengan Nombor Rujukan. Dan anda selesai!
Note : The E-Arrival Card replaces the traditional paper Disembarkation/Embarkation Card and helps you to save time and avoid long lines at the border.
A Disembarkation/Embarkation Form (E-Arrival Card) must be completed by every visitor including one for each child or dependent. If details given found to be incorrect immigration pass may cancel.
Ещё видео!