Cubaan dua lelaki untuk menyeludup daun ketum pada awal pagi bagi mengelak kegiatan itu dihidu pihak berkuasa, gagal. Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Kubur Panjang, Kedah.
Ketua Polis Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata penahanan dibuat selepas sebuah lori berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Kampung Linchan-Lamdin, Jalan Kubur Panjang.
150 bungkusan plastik hitam mengandungi disyaki daun ketum seberat 1, 500 kilogram yang disorok di bahagian belakang lori dan kes disiasat bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
Ещё видео!