Kartina Dahari (lahir 12 November 1941) merupakan seorang penghibur dan pelakon filem Melayu era hitam putih. Biduanita Kartina Dahari terkenal dengan jolokan ‘Ratu Keroncong’, Allahyarhamah juga merupakan penghibur Melayu pertama yang merakamkan album berbahasa Inggeris di Singapura. Biduanita Kartina Dahari (72) meninggal dunia pada 30 April 2014.
Kartina Dahari dilahirkan pada tahun 1941 di kampung Geylang dalam keluarga pemuzik yang terkenal. Bapanya bernama Dahari Jarr, seorang pemimpin kumpulan muzik melayu yang dikenali sebagai Orkes Kampung Gelam. Ketika berusia 15 tahun, Kartina mendapat peluang untuk menyanyi di radio bagi sebuah kumpulan keroncong, Delima Orkes.
Bakatnya menarik minat syarikat rakaman EMI, dan pengurus besarnya dari London terbang ke Singapura untuk mengadakan audition. Dia diterima masuk oleh EMI dan menghasilkan beberapa EPs dan LPs dalam bahasa Inggeris dan Melayu.
Kartina sangat versatile, boleh menyanyi lagu berbagai rentak tetapi minatnya kepada irama keroncong tiada batasnya. Pihak EMI Singapura telah memberinya peluang merakamkan berberapa Ep dan LP yang dipenuhi dengan lagu lagu Keroncong.
Kalau dah tengok, jangan lupa LIKE & SUBSCRIBE!
Follow Universal Music Malaysia on
Instagram : [ Ссылка ]...
Facebook : [ Ссылка ]...
Twitter : [ Ссылка ]
Youtube : [ Ссылка ]...
#getarannostalgia #kartinadahari #keroncong #senandunglagulama
Ещё видео!