Kesemua 680 warga China yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 20 November lalu di Cyberjaya kerana dipercayai terbabit kegiatan atas talian didakwa pada Jumaat dan Isnin ini.
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, siasatan terhadap semua warga China itu sudah selesai dan pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Sesyen Sepang.
Katanya, pertuduhan akan dibuat dua kali kerana jumlahnya terlalu ramai dengan separuh akan didakwa pada Jumaat dan selebihnya Isnin.
Operasi pembanterasan kegiatan atas talian membabitkan warga China setakat ini menghasilkan 941 tangkapan iaitu 680 orang di Cyberjaya 20 November lalu; 104 tangkapan di Sabah 26 November lalu; 52 tangkapan di Sarawak 29 November lalu dan terbaru pada 9 dan 11 Disember di Ipoh iaitu 105.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Meru Raya, di Ipoh malam Khamis.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news [ Ссылка ]
Please like [ Ссылка ]
Please follow [ Ссылка ]
And also our [ Ссылка ]
Ещё видео!