Kebimbangan mereka menjadi kenyataan. Hutan yang menjadi teras gaya hidup dan kebudayaan mereka bakal dihapuskan.
Oleh itu, kami di Geteran ingin membawa anda menelusuri sambutan Hari Moyang yang kemungkinan menjadi perayaan terakhir bagi Orang Asli Suku Kaum Temuan di Kampung Busut Baru.
Buat mereka yang kurang arif perihal sambutan itu, Hari Moyang adalah satu upacara di mana Orang Asli akan berterima kasih kepada semangat-semangat Moyang yang telah menjaga kemaslahatan mereka sepanjang tahun.
Setiap suku kaum Orang Asli ada tarikh dan tradisi sambutan Hari Moyang yang tersendiri.
Suku kaum Temuan di Kampung Busut Baru, lazimnya menyambut perayaan itu pada hari terakhir bulan Disember setiap tahun.
Dan semangat-semangat moyang yang akan diseru semasa perayaan itu adalah semangat yang menetap di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Wartawan Zaidi Azmi serta juruvideo Sairien Nafis dan Alif Omar mempersembahkan suasana sambutan Hari Moyang suku kaum Temuan di Kampung Busut Baru yang sarat dengan kebudayaan dan unsur mistikal.
#GetaranMy #HutanSimpanKualaLangatUtara #KampungBusutBaru #SaveHSKLU #OrangAsli #JAKOA #KerajaanSelangor #MenteriBesarSelangor #SukuKaumTemuan #Tradisi #KhazanahNegara
Dapatkan berita gaya hidup terkini dengan mengIkuti kami di:
Portal - [ Ссылка ]
Facebook - [ Ссылка ]
Twitter - [ Ссылка ]
Instagram - [ Ссылка ]
Ещё видео!