Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup. Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Jadi, dalam video ini, kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk buat permohonan baru bantuan STR secara online di telefon masing-masing.
Pertama sekali, anda perlu layari portal MySTR di pautan [ Ссылка ]. Sekiranya anda menghadapi masalah atau pertanyaan bagi bantuan ini, boleh hubungi terus talian hotline bantuan khas kerajaan di 1-800-88-2747.
Semoga dengan pemberian bantuan ini dapat membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Jangan lupa Subscribe atau Follow Ali Gajet untuk pelbagai lagi info terkini dan tutorial.
#mystr #str2024 #mystr #sumbangantunairahmah2024 #bantuantunaihasilgovmy
Ещё видео!