Dua lukisan mural dengan paparan teknologi 'augmented reality' (AR) bakal menjadi satu lagi tarikan baharu di Bandar Warisan Taiping
Ia akan menghiasi bangunan di Jalan Sultan Mansor dan Zoo Taiping & Safari Malam
Lukisan ini menambahkan lagi koleksi mural sedia ada di bandar tersebut yang dikenali Taiping Heritage Art Trail
Teknologi AR-Mural ini dijangka mampu memberi keunikan dan keistimewaan tersendiri sekali gus mengangkat imej pelancongan
Projek Taiping Heritage Art Trail ini dikelolakan oleh Syarikat Graffite Management bersempena ulang tahun ke-150 Taiping yang disambut tahun hadapan
Sehingga kini bandar Taiping mempunyai sembilan mural yang bertemakan Bandar Warisan
Antaranya mural UV Light di Galeri Perbandaran Taiping, mural posmen di persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan Manekshah, mural Keretapi Tanah Melayu di persimpangan Jalan Berek dan mural permainan tradisional di belakang Restoran Nafis
Ещё видео!