Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 untuk ahli yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19.
KWSP dalam satu kenyataan memberitahu pemohonan pengeluaran khas tersebut akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April ini sehingga 30 April 2022.
Manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan sebelum 20 April 2022.
Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50.
Selain, perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.
Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan dan mekanisme pembayaran akan dibuat pihak KWSP dengan kadar segera.
Sebelum ini, KWSP telah memperkenalkan tiga pengeluaran khas iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi ahli ketika pandemik.
Ещё видео!