Tourism Malaysia Kelantan menganjurkan program dengan elemen aktiviti berbasikal iaitu "Homestay Bike Ride Fam Trip 2013" yang telah diadakan pada 31 Oktober hingga 3 November 2013 di sekitar Kota Bharu dan Bachok, Kelantan.
Program ini disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada wakil media dan bloggers dari Kuala Lumpur dan Sabah, agensi pelancongan, pegawai dari Pejabat Tourism Malaysia seluruh negeri, ahli MAH Kelantan Chapter dan beberapa orang krew produksi. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosikan keunikan produk pelancongan homestay yang terdapat di negeri Kelantan melalui aktiviti berbasikal di samping memperkenalkan kebudayaan, warisan, permainan dan makanan tradisional serta cara hidup dan aktiviti masyarakat desa khususnya.
Program yang menggabungkan produk homestay dengan aktiviti riadah berbasikal ini berpotensi dijadikan salah satu tarikan pelancongan kerana pelancongan yang berasaskan berbasikal ini makin digemari oleh pelancong tempatan dan juga luar negara.
Dalam pada itu juga ia dapat mempromosikan Negeri Kelantan kepada orang ramai dan akan menjadi salah satu destinasi pelancongan untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 (VMY 2014).
Tourism Malaysia Kelantan had organized a cycling program named "Kelantan Homestay Bike Ride FAM Trip" which was held from 31 October to 3 November 2013 around Kota Bharu and Bachok, Kelantan.
The program was attended by 40 participants comprising representatives such as media and bloggers from Kuala Lumpur and Sabah , travel agencies, officers from every state Office of Tourism Malaysia , Kelantan MAH Chapter members and production crews . The 4 days 3 nights program is mean to promote the uniqueness of homestay tourism product in the state of Kelantan through cycling activities while introducing the culture, heritage, traditional games, food and activities of the rural communities in particular area.
This program combines tourism products with potential cycling leisure activities in order to become a tourist attraction as this cycling tour has becoming a favorite activity by local tourists and foreigners. At the same time it also may promote the Kelantan State to the tourists and will be one of the tourist preferred destination for the Visit Malaysia Year 2014 (VMY 2014).
Ещё видео!