MUSIBAH yang berlaku pada kapal perang Tentera Laut Diraja Thailand, HTMS Sukhothai yang karam pada malam Ahad lalu, mengejutkan angkatan laut serantau
Kapal perang jenis korvet kelas Ratanakosin ini karam semasa laut bergelora kira-kira 37 kilometer dari luar pesisir pantai tenggara Thailand
Ini merupakan musibah kedua melibatkan kapal perang tentera laut serantau yang berlaku sejak tahun lalu.
Pada April 2021, kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402 yang membawa 53 kru dtenggelam di perairan Bali semasa mengadakan latihan
TLDM sendiri pernah mengalami insiden seperti HTMS Sukhothai apabila kapal peronda KD Sri Perak (P3140) tenggelam pada 8 Januari 1984 di perairan Laut Cina Selatan dekat timur Malaysia
Tragedi tersebut telah mengorbankan tiga anggota TLDM yang hilang dihanyutkan arus deras ketika mereka semua menyelamatkan diri apabila kapal KD Sri Perak mula tenggelam.
Isu aset-aset usang dalam TLDM telah lama membelenggu angkatan laut tersebut dan ia menjadikan tugas mengawasi perairan negara tambah mencabar.
Pengoperasian kapal-kapal usang bukan sahaja menjejaskan kesiagaan serta kemampuannya, malah secara tidak langsung merisikokan keselamatan warga TLDM
Kali terakhir TLDM membeli kapal perang moden ialah 23 tahun lalu iaitu frigate KD Jebat dan KD Lekiu yang juga merupakan tunjang utama kekuatan armada kita
Walaupun sehingga kini aset-aset TLDM masih dapat beroperasi dengan baik yang mana ia turut disumbangkan oleh sistem selenggaraan berkualiti, tetapi bagi keperluan modeniasi memiliki kapal baharu sangatlah perlu
Ещё видео!