Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan Gerakan tidak perlu mengugut untuk keluar dari Perikatan Nasional (PN), kerana mereka boleh meninggalkan gabungan itu bila-bila masa.
Sanusi berkata kenyataannya yang mengalu-alukan Gerakan untuk keluar bukan kerana bersifat angkuh namun hanya membalas ugutan dikeluarkan Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong.
Bagaimanapun Sanusi menegaskan PAS bersedia berbincang kemelut yang tercetus dalam mesyuarat bulanan PN bulan ini.
[ Ссылка ]
Ещё видео!