i-Citra: Cara Permohonan Pengeluaran KWSP 12 Julai 2021 (Semakan Status)

i-Citra: Cara Permohonan Pengeluaran KWSP 12 Julai 2021 (Semakan Status)
Pihak KWSP telah memutuskan permohonan i-Citra diawalkan dari tarikh asal iaitu 15 Julai 2021 kepada 12 Julai 2021.
Oleh itu, para pencarum yang berhasrat mengeluarkan simpanan KWSP boleh mula membuat permohonan secara online bermula 12 Julai 2021.
Permohonan i Citra membolehkan pemohon mengeluarkan maksimum sehingga RM5,000 di mana pembayaran dilakukan selama 5 bulan.
Syarat umum pengeluaran adalah;
Baki di dalam akaun KWSP minimum sebanyak RM150
Pengeluaran paling minimum adalah RM50.
Pencarum perlu meninggalkan baki sebanyak RM100 selepas pengeluaran berjaya.
Permohonan dan Semakan i-Citra 2021
Permohonan boleh mula dibuat pada 12 Julai 2021 pada pautan [ Ссылка ]
Cara permohonan adalah:
Layari icitra.kwsp.gov.my
Login dengan memasukkan no kad pengenalan
One time password-OTP akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan pada KWSP.
Pilih amaun pengeluaran
Anda boleh meneruskan untuk membuat permohonan.
Lengkapkan maklumat pembayaran
Semak semula dan klik hantar

Semakan status juga turut boleh dilakukan dengan melayari laman web yang sama.
Bilakah tarikh permohonan i-Citra?
12 Julai 2021.
Berapakah nilai pengeluaran maksimum i-Citra?
RM5,000
Ещё видео!