Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) telah selesai menjalankan Kajian Impak dan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020.
Justeru, JTPGN akan membentangkan hasil kajian serta akan membuat syor tentang kadar dan liputan gaji minimum kepada Majlis Perundingan Gaji Negara pada Khamis ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata demikian menerusi penggulungan perbahasan peringkat dasar RUU Bajet 2022 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.
Mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732], Perintah Gaji Minimum hendaklah dikaji semula sekurang-kurangnya sekali dalam setiap dua tahun.
PGM 2020 berkuat kuasa pada 1 Februari 2020 dan kajian semula perlu dilaksanakan dalam tempoh dua tahun daripada tarikh kuat kuasa perintah tersebut.
Sumber : Berita RTM
#KeluargaMalaysia
#JabatanPenerangan
Ещё видео!