Sebanyak 60 buah rumah kekal baharu (RKB) di Laman Seri Ehsan, Kuala Krai telah selamat disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada 26 Januari lepas.
Penempatan tersebut yang menelan kos 10.2 juta telah disumbangkan oleh Lembaga Zakat Selangor sedikit sebanyak telah mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir di Kuala Krai.
Penempatan yang dilengkapi dengan perabot lengkap seperti katil,tilam dan kerusi. Kawasan perumahan berkenaan juga turut mempunyai sebuah masjid, sebuah dewan serbaguna serta enam rumah kedai.
Kehilangan tempat tinggal dalam bencana 2014 itu telah memberi harapan dan semangat yang baru terutama kepada penghuni rumah RKB ini.
Hadir sama, Tengku Temenggong Kelantan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Pengerusi Lembaga Zakat Selangor serta pegawai kanan kerajaan negeri.
Ещё видео!