Rakyat Tidak Sangka Pengeluaran RM10,000 one-off KWSP Tidak Akan Dilaksanakan | Ismail Sabri
Kini seperti tiada lagi harapan untuk pengeluaran KWSP RM10,000 secara one-off setelah apa yang dinyatakan oleh perdana menteri Dato Ismail Sabri baru2 ini.
Mangsa banjir boleh membuat pinjaman RM10,000 tanpa faedah dan moratorium diberikan untuk bernafas dan meringankan sedikit beban mangsa banjir yang terkesan.
Ada rakyat yang bersyukur dengan adanya pinjaman ini, mungkin beliau ada pekerjaan dan boleh membayar semula selepas moratorium ditamatkan.
Tidak dinafikn ada juga rakyat yang terkilan dan kecewa dengan kenyataan perdana menteri dato ismail sabri berkaitan pinjaman ini, mungkin kerana beliau sudah tidak tertanggung dengan hutang yang banyak sebelum diduga dengan bencana banjir.
Rata-rata rakyat lain juga terkesan serta terdesak dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, hutang2 yang tertunggak dan untuk memulakan kehidupan baru dipasca pandemik yang memerlukan pengeluaran KWSP RM10,000 dan bukannya untuk menambah hutang2 yang mendatang.
Rakyat atau ahli pencarum KWSP amat berharap pengeluaran ini diluluskan oleh pihak kerajaan, namun kekecewaan terasa disetiap hati rakyat.
Berkaitan dengan pinjaman bank RM10,000 bagaimanakah pula syarat2 yang diperlukan? Mungkin tidak semua mangsa banjir yang layak untuk memohon pinjaman ini kecuali pinjaman tanpa syarat.
Tapi bagaimana pula nasib rakyat yang tidak terkesan dengan bencana alam yang selama ini menuntut dan berjuang untuk pengeluaran kali terakhir KWSP?
#kwsp #icitra #tuntutanrakyat #suararakyat #ismailsabri
Ещё видео!