Kali ini kami berkongsi pengalaman masuk ke satu campsite yang lokasinya tersorok dan perlu meredah ladang kelap sawit melalui laluan Off-Road yang berbatu dan tanah.
Selepas lebih kurang 20-30 min perjalanan, baru lah kami dapat tarik nafas lega sebab dah sampai ke campsite yang sangat tenang dengan pemandangan yang sangat cantik dan dihembus angin laut cina selatan yang sedang bertiup kencang tapi masih tenang.
Perkhemahan 3 hari 2 malam berjalan dengan lancar dan pastinya meninggalkan memori yang indah untuk dikenang.
Semoga video kami dapat memberi sedikit informasi berkenaan campsite tersebut dapat dijadikan rujukan.
***********
Southern Sea Fort Base Camp, Pasir Logok Sedili.
Ada tapak lot, dan tapak ‘ala wild camping’ dengan harga berbeza.
Tapak lot cas per malam, (masa kami camping rm60/malam. Sekarang tak pasti)
tapak ‘wild camping’ cas per kepala (dewasa rm15 & kanak-kanak rm10/ malam) Boleh pacak kat mana-mana yang korang suka asalkan dalam kawasan tapak wild camping.
✅view cantik, landai
✅tapak lot besar
✅berhadapan Laut China Selatan
✅tandas
✅sinki
✅ lampu tepi jalan & lampu kecik depan tiap tapak berlot
✅Off-Road laluan berbatu (check tayar sebelum masuk sebab ada kes tayar bocor)
✅sewa khemah
❌Bbq stove
❌Digi coverage
❌ Plug point
Sedikit info contact number :
Facebook Sea Fort Base Camp
CO En Hafiz 018-669 3947
Terima kasih like & subscribe 🥰
CREDIT TO
My Travel - Ricardo Gurto
UMG Bebas Jadi Diriku - Fatia
Ещё видео!