#LizaHanim #DimanaKanKuCariGanti #SuriaRecords #PRamlee #Saloma #Pop #Ballad #Malaysia #MalaysiaMusic #MuzikMalaysia
“Dimana Kan Ku Cari Ganti” merupakan sebuah album studio kedua nyanyian penyanyi popular Liza Hanim. Album ini dirakamkan khas untuk menghargai Seniman Negara, Tan Sri P. Ramlee dan Biduanita Negara Puan Sri Saloma. Lagu “Dimana Kan Ku Cari Ganti”, “Rindu Hatiku Tidak Terkira” dan “Istana Cinta” adalah antara lagu yang kembali popular menerusi album ini. Penjualan album “Dimana Kan Ku Cari Ganti” yang memberangsangkan melayakkan album ini berada di Carta RIM yang sering ke udara di Radio THR setiap minggu pada tahun 1998. Liza Hanim juga dicalonkan buat pertama kali dalam kategori “Persembahan Vokal Wanita Terbaik” di Anugerah Industri Muzik menerusi album ini.
Menariknya setelah 10 tahun album ini dirakam, pada tahun 2008 Liza diberi peluang untuk melakonkan watak biduanita negara tersebut dalam Muzikal P. Ramlee di Istana Budaya. Persembahan teater muzikal itu mendapat sambutan dan disambungkan ke musim kedua. Liza juga diberi jolokan sebagai Saloma Jelmaan. Menerusi watak Saloma, Liza mendapat pencalonan “Aktres Terbaik (Watak Utama)” di Anugerah Seni Boh Cameronian pada tahun 2009.
Dengarkan album ini di Spotify: [ Ссылка ]
Dengarkan album ini di Apple Music: [ Ссылка ]
Dengarkan album ini di JOOX: [ Ссылка ]
Dengarkan album ini di KKBOX: [ Ссылка ]
Dapatkan album fizikal “Dimana Kan Ku Cari Ganti” untuk koleksi anda di sini sekarang: [ Ссылка ]
Trivia tentang "Istana Cinta":
1. Lagu ini merupakan hasil ciptaan P. Ramlee bersama seorang lagi lagenda seni tanah air, Jamil Sulong.
Liza Hanim - Istana Cinta
Muzik: P. Ramlee
Lirik: Jamil Sulong
Terbitan: EMI Music Publishing Sdn. Bhd.
Ещё видео!