Bismillahirrahmanirrahim,
Atas permintaan ramai, kali ini saya kongsikan resipi karipap pusing. Bukan sekadar resipi, tapi juga tips dan teknik. Anda kena tonton video sehingga habis untuk melihat cara penghasilannya.
Karipap pusing ini agak cerewet sedikit berbanding dengan karipap biasa. Walaupun bahan/sukatan betul, tapi kalau salah penyediaannya karipap yang terhasil mungkin tiada pusingan atau pun semasa digoreng hanya tinggal rangka.
Kalau sekali gagal, perlu cuba berkali-kali untuk mendapat hasil yang baik. Saya yang selalu buat pun jauh lagi dari sempurna.
Selamat mencuba 😍
//BahasaMalaysia
…….…….…….…….…….…….…….…….…
Inti Karipap
📷 Surianti_Kitchen
Bahan-bahan Inti :
350 g ubi kentang
100 g daging
2 sudu besar rempah kari ayam dan daging
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
Hirisan daun bawang
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak
Doh Karipap Pusing
📷 Surianti_Kitchen
Doh Luar :
200 g tepung gandum (1 ½ cawan + 1 sudu besar)
2 sudu besar minyak masak
½ sudu kecil garam
90 ml air sejuk dari peti ais (hampir ½ cawan)
Doh Dalam :
90 g tepung gandum (¾ cawan)
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
70 g marjerin (¼ cawan)
//English
…….…….…….…….…….…….…….…….…
Curry Puffs Filling
📷 Surianti_Kitchen
Filling Ingredients:
350 g potatoes
100 g meat
2 tbsp chicken and beef curry powder
½ onion
2 cloves garlic
1 stalk curry leaf
Sliced spring onions
Salt to taste
Sufficient water
Cooking oil
Spiral Curry Puffs Dough
📷 Surianti_Kitchen
Outer Dough:
200 plain flour (1 ½ cups + 1 tbsp)
2 tbsp cooking oil
½ tsp salt
90 ml cold water (about ½ cup)
Inner Dough:
90 g plain flour (¾ cup)
1 tbsp rice flour
1 tbsp tapioca starch
70 g margarine (¼ cup)
#jendeladapursurianti #suriantikitchen #karipappusing #karipappusingsurianti #spiralcurrypuffs #dessert #sedap #homemade #food #foodie #foodies #homecooking #instaphoto #foodporn #foodblogger #foodstagram #foodjournal #simple #simpleyetdelicious #foodstagram #foodporn #bukuresepi #resepimudah #karipap
Ещё видео!