Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Selasa mendedahkan parti itu akan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) pasca PRU15 jika pihaknya tidak dapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.
Menurutnya jika pihaknya memerlukan gabungan selepas PRU15, pilihan terdekat adalah gabungan dengan BN.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika meninjau pusat mengundi di Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu pada Selasa.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tujuan PN bertanding PRU15 adalah membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau PH.
Lewat malam tadi dalam program Ceramah Perdana PRU15 di Kampung Kubang Kiat, Takiyuddin berkata, Perikatan Nasional yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama BN pasca PRU15.
Takiyuddin berkata beliau menjangkakan BN akan menerima penggabungan itu.
-------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
▪️ Telegram [ Ссылка ]
▪️ FB [ Ссылка ]
▪️ Twitter [ Ссылка ]
▪️ Instagram [ Ссылка ]
▪️ TikTok [ Ссылка ]
Ещё видео!