Penduduk asal Bukit Kepong adalah orang asli. Kemudian datang orang Indonesia. Kaum Cina mengusahakan ladang gambir dan lada hitam.Terdapat banyak kawasan yang berbukit-bukit dan ditumbuhi oleh pokok kepong. Maka dinamakan kawasan itu dengan Bukit Kepong.
Sejarah Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh pengganas komunis pada 23/02/1950. Berbekalkan kekentalan semangat juang Sejarah Balai Polis Bukit Kepong kawasan ladang Felcra Berhad Bukit Kepong Peringkat 1/Tambahan telah dibuka pada tahun 1972 dengan keluasan 1,235.22 hektar. Ladang telah mula ditanam dengan kelapa sawit pada tahun 1973 dan mula berhasil pada tahun 1976.
Manakala kawasan ladang Felcra Berhad Bukit Kepong Peringkat 2/3 pula telah dibuka dengan keluasan 1,211 hektar juga ditanam dengan kelapa sawit pada tahun 1976. Ladang Peringkat 2/3 telah mula mengeluarkan hasil pada tahun 1980.
Projek ini dikenali sebagai Rancangan Tanah Belia Felcra. Pengambilan peserta adalah seramai 378 orang dengan pegangan setiap peserta seluas 10 ekar/peserta. Pecahan peserta bagi setiap projek adalah seperti berikut :-
i. Bukit Kepong 1/ Tambahan - 226 orang
ii. Bukit Kepong 2/3 - 152 orang
Pada 1980 satu perkampungan seluas 200 hektar telah diujudkan. Nama Perkampungan Felcra Bukit Kepong diambil sempena dengan nama Mukim Bukit Kepong. Kawasan ini dibuka adalah bertujuan bagi membantu masyarakat kampung khasnya orang Melayu bagi mewujudkan sebuah perkampungan yang baru yang terdiri daripada penduduk yang berlainan kawasan dari seluruh Negeri Johor.
Ещё видео!