😔
"Untuk you.." Naim mencapai sebelah tangan Naaz yang masih kaku untuk mengambil bunga yang berada di tangannya. "99 roses," tambah Naim lagi. Bibirnya didekatkan pada pipi Naaz yang masih memakukan diri.
"Untuk cinta I terhadap you." Ucap Naim sebaik sahaja dia menjarakkan tubuhnya dari Naaz, menentang anak mata Naaz yang tajam menikam matanya seolah-olah tidak menyukai perlakuannya tadi. Naim yang menyedari tenungan Naaz itu menepis perasaan kecil hatinya jauh-jauh. Mungkin Naaz penat atau mungkin Naaz terkejut dengan pemberiannya kerana itu Naaz berlagak seolah-olah tidak terkesan dengan kejutan kali pertama Naim. Naim cuba membuang gelisah yang mencuit hati.
"Naim you tak perlu buat ni semua," ucap Naaz perlahan. Jujurnya Naaz rasa bersalah melihat kesungguhan Naim sedangkan dia sendiri tidak dapat memberi apa-apa kepada lelaki itu. Dia belum layak mendapat layanan seperti ini, dia pernah melakukan kejahatan dan dirinya masih terasa kotor oleh dosa-dosa lepas.
Wajah Naim berubah buat sesaat. Terasa usahanya sia-sia. Kesungguhannya dipandang sepi walhal Naaz itu isterinya.
"I ikhlas, Naaz. You berhak mendapatkan ini semua setelah you banyak menderita. I nak you bahagia dan tersenyum.."
"I tak menderita pun, I yang buat orang lain menderita sebenarnya. Apa yang telah berlaku bukan salah you, I faham kenapa you buang I dulu."
Naim mengetap bibirnya. "I tak buang you, I tak bermaksud buang you dari hidup I." Tegas Naim. Cukuplah kesilapan dahulu terkubur rapi, Naim amat tidak suka jika perkara lepas diungkit-ungkit. Terasa dirinnya cukup tidak bertanggungjawab setiap kali mengenangkan perilaku kejamnya terhadap Naaz dulu.
Naaz tertunduk menekur lantai. "I cuma nak you tahu, setiap kali I melalui kesukaran, setiap kali I diuji oleh ALLAH, I tidak keseorangan. Sentiasa ada orang lain yang berada di sisi I cuma I tak perasan selama ni. I pandang apa yang I dah hilang tapi sebenarnya I dapat lebih banyak dari apa yang I hilang tu. You tak perlu rasa bersalah pada I, hadiahkan bunga ni, atau berdiri tengah malam menanti I di luar rumah.."
"Naaz.." bibir Naim jadi lumpuh berkata-kata. Dia semakin faham kini. Hilangnya dia dari hidup Naaz tidak membawa apa-apa makna sedangkan bagi Naim setiap hari menunggu masanya dipertemukan dengan Naaz. Didesak rasa bersalah dan rindu yang menggebu, Naim berdiri di sini setia menanti Naaz membuka ruang serta peluang untuknya melakar hubungan baru. Tetapi yang nyata Naaz mendapat sesuatu yang lebih berharga berbanding dirinya iaitu mama kandung Naaz sendiri. Siapalah Naim jika dibandingkan dengan Puan Aisyah dalam hidup wanita itu.. Kelu bibir Naim seketika. Hatinya terasa sebu memikirkan hakikat yang terpaksa di telan.
Berkongsi Naaz bukan mudah rupanya. Dia terpaksa mengalah sedangkan dia sudah penat menunggu.
Beli Novel di Shopee : [ Ссылка ]
EBook di ESentral :
[ Ссылка ]
Wassap : 0198817140
Tajuk : #DiaYangKujadikanSuami
Heroin : #AnnaJobling
Hero : #MalekMccrone
Novelis : #RinsyaChasiani
#bts #behindthescene #novelmelayu #novelcinta #dramaadaptasi #noveladaptasi #Dramaadaptasi #astro #astromalaysia #intensidea #globalstation #eliteforsure #dramamelayu #dramamalaysia #kisahcinta #dramapopular #syazlinZainal #abbynadzri
Ещё видео!