#BuletinBernama: Satu sindiket yang menjadikan tiga unit banglo di Batu 14, Puchong sebagai pusat panggilan bagi kegiatan perjudian dalam talian terbongkar selepas digempur polis menerusi serbuan Op Dadu semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata operasi sepasukan anggota Bahagian Anti Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman itu berjaya menahan 54 individu warga China termasuk empat wanita berusia lingkungan 18 hingga 54 tahun.
Ещё видео!