Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan keberkesanan sesuatu vaksin.
Keputusan akhir bagi penggunaan sesuatu vaksin di Malaysia hanya bakal dibuat selepas melalui proses pendaftaran dan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan.
Bagi mencapai baki sasaran 40 peratus lagi, kerajaan masih dalam proses perbincangan dan rundingan bersama syarikat-syarikat farmaseutikal pembangun vaksin COVID-19 yang lain.
Bagi tujuan imunisasi kepada rakyat pula, kerajaan menyasarkan tempoh suku tahun pertama 2021 bagi memperoleh bekalan pertama vaksin COVID-19.
Khairy menjawab pertanyaan wakil Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Dewan Rakyat.
Sumber: Berita RTM
#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#KomunikasiKita
#JabatanPenerangan
Ещё видео!