Bazar Ramadan Stadium Kuantan & Mahkota Square merupakan antara Bazar Ramadan yang menjadi pilihan warga Kuantan dan sekitarnya. Keadaan Bazar yang luas dan tersusun menjadikan suasana membeli juadah berbuka selamat dan mematuhi SOP. Pelbagai menu juadah berbuka yang diniagakan meliputi makanan tradisi dari Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Dimana lagi lokasi Bazar Ramadhan yang anda patut kami pergi? Jangan lupa komen dibawah okay! 🤩
📍 Lokasi » Bazar Ramadhan Stadium Kuantan
Depan Stadium Darul Makmur (Jalan Stadium) 25000 Kuantan, Pahang.
⏰ Bermula jam 3:00 petang
📍 Lokasi » Bazar Ramadhan Mahkota Square
Tapak Mahkota Square, Jalan Mahkota 25000 Kuantan, Pahang.
⏰ Bermula jam 3:00 petang
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
Ещё видео!