Resepi steak daging terbaru daripada Nasser's Kitchen bersama Enaq. Selamat mencuba!
Layari Laman Web Nasser's Kitchen [ Ссылка ]
Thanks for watching the video. If you really enjoyed it then hit the LIKE button, COMMENT your suggestions, SHARE it with your friends & don't forget to SUBSCRIBE the channel, Thanks!
* SUBSCRIBE:
[ Ссылка ]
Selamat datang ke Nasser's Kitchen bersama Enaq. Dalam episode kali ini saya akan kongsikan cara membuat steak seperti di restoran di rumah. Kalau anda peminat steak seperti ini, Jom kita ke dapur!
Steak yang baik bermula dengan daging berkualiti tinggi. Di sini saya gunakan steak rib-eye yang pada pandangan saya steak yang paling sedap walaupun bukan yang termahal seperti steak tenderloin atau batang pinang. Steak yang berkualiti tinggi akan ada taburan lemak yang baik seperti ini. Lemak pada steak akan memberikan perisa yang baik dan akan mengelakkan steak daripada menjadi kering dan liat.
Untuk resepi ini kita juga akan perlukan sedikit herba rosemary. Kalau tak dapat yang segar boleh gunakan yang kering. Boleh dibeli dipasaraya dan juga on-line.
3 ulas bawang putih. Di tumbuk seperti ini. 50g mentega. Sedikit lada hitam yang baru ditumbuk atau dikisar. Lada hitam yang baru ditumbuk atau dikisar jauh berbeza perisa dan baunya dengan serbuk lada hitam yang dibeli dikedai.
Daging steak yang dibeli di pasaraya tidak perlu di cuci, cukup sekadar di lap dengan tuala dapur seperti ini. Pakar kesihatan dan keselamatan makanan tidak menggalakkan mencuci daging mentah dengan air. Bakteria pada daging tertumpu pada bahagian luar steak yang akan dihapuskan sewaktu dimasak. Ulang untuk bahagian bawah steak.
Sekarang kita akan mulakan perapan dengan 1 sudu kecil Enaq Bethol. Di dalam Enaq Bethol sudah ada gram, bawang, bawang putih dan penambah perisa 100% dari sumber tumbuhan yang akan menambahkan kelazatan steak kita. Rata kan pada seluruh permukaan steak. Balikkan steak dan ulang.
Tambahkan 1 sudu besar minyak masak dan sapukan pada daging. Minyak akan mengelakkan daging daripada menjadi kering semasa diperap dan membantu bahan perapan diratakan. Daging akan diperap di dalam peti sejuk untuk 1-3 jam sebelum dimasak. Waktu perapan ini penting untuk 2 sebab. Pertama, untuk memberikan cukup masa untuk bahan perapan menyerap kedalam daging dan keduanya, agar garam dalam bahan perapan dapat melembutkan daging melalui proses peleraian protein dalam daging.
Selepas diperap 3 jam, kita tambah lada hitam yang ditumbuk atau dikisar tadi. Jika kita tambah awal-awal, rasa lada hitam akan kurang menyerlah. Ratakan dan ulang untuk bahagain bawah steak. Steak kini sedia untuk di masak.
Untuk memasak steak dengan baik, kita perlukan api yang kuat. Masukkan sedikit minyak sapi dan tunggu sehingga kuali panas dan berasap.
Letakkan steak perlahan-lahan kedalam kuali. Pastikan seluruh permukaan bawah steak bersentuhan dengan kuali yang panas. Untuk mendapatkan steak yang sedap, permukaan luar steak perlu garing. Jika kuali tidak cukup panas, steak akan mengeluarkan air, dan steak tidak akan dapat garing dan sebaliknya akan merebus.
Steak se-eloknya dimasak ke tahap medium dimana bahagian tengah steak masih kelihatan merah jambu. Ada orang yang bimbang cecari merah yang keluar dari steak adalah darah. Sebenarnya tidak, cecair itu hanyalah pigmen merah yang dinamakan Myoglobin dan adalah selamat dan halal dimakan.
Ada yang tak suka balikkan daging selalu bila masak steak, tetapi saya dapati daging masak dengan lebih sekata bila selalu dibalikkan. Gerak-gerakkan steak di dalam kuali.
Inilah warna yang kita mahu. Kecilkan api dan masukkan mentega. Apabila mentega cair, suhu kuali akan turun dengan cepat dan ini akan mengelakkan daging terlebih masak. Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk. Dan juga herba rosemary. Kalau tak ada rosemary, mentega dan bawang putih pun dah sedap.
Mentega cair akan bertukar menjadi warna perang dan ini akan menghasilkan perisa yang istimewa untuk steak. Bilaskan steak dengan mentega cair seperti ini. Letakkan bawang putih dan rosemary ke atas steak. Steak akan mengambil masa 6-8 minit untuk masak ke tahap medium.
Sengetkan kuali supaya lebihan mentega mengalir kebawah dan bilaskan untuk 1-2 sudu lagi. Angkat steak dan rehatkan untuk 5-10 minit bergantung kepada ketebalan steak. Jangan potong steak yang baru dimasak. Langak merehatkan steak sangat penting.
Simpan lebihan mentega cair, bawang putih dan rosemary untuk di tuangkan keatas steak. Hidangkan dengan sayuran dan kentang goreng. Steak ini tidak memerlukan sebarang sos tapi kalau mahu sos black pepper atau sos cendawan boleh rujuk di ruangan komen atau klik di sini. Selamat mencuba!
Ещё видео!