Bahan yang senang dapat dari shopee. Antara bahan-bahannya adalah seperti berikut:
1. Coconut oil - 30g.
2. Castor oil - 20g.
3. Myristic asid atau lauric acid - 40g.
4. Stearic acid - 60g.
5. Cocamidopropyl betain - 100g.
6. Propylene glycol - 170g.
7. Sorbitol 70% - 100g.
8. Glyserine - 30g.
9. Soda api - 24g.
10. Air R.O atau air suling - 85g.
Dari ke semua jumlah bahan ini kita akan dapat keluarkan base sabun sebanyak 500g.
Cara membuatnya sediakan periuk stenlestill yang khas untuk membuat sabun dan jangan guna periuk yang kita buat masakan. Langkah membuatnya adalah seperti berikut:
1. Tuangkan propylene glycol sebanyak 170g dan cocamidopropyl betain sebanyak 100g ke dalam periuk. Buka api perlahan, adukkan sedikit kemudian tutup periuk dan biarkan ke 2 bahan tersebut panas dalam suhu 60° dahulu.
2. Guna bekas berlainan untuk campurkan 4 bahan iaitu lauric acid 40g, stearic acid 60g, coconut oil 30g dan castor oil sebanyak 20g. Adukkan kesemua bahan itu biar sebati.
3. Bancuhkan air R.O atau air suling sebanyak 85g bersama soda api sebanyak 24g di dalam bekas yang berlainan. Adukkan biar sebati.
4. Setelah bahan 1 yang di panaskan itu mencapai suhu 60°, kita tuangkan bahan ke 2 yang kita telah siap bancuh tadi. Adukkan sedikit kemudian kita tunggu dia panas mencapai suhu 70° hingga 85°.
5. Setelah panas mencapai suhu 80° kita tuangkan bahan 3 yang telah siap kita bancuh tadi. Adukkan sedikit. Disini kita akan biarkan dalam masa 20 minit. Aduk setiap 5 minit. Dan pelihara suhu panas 70° hingga 85° jangan melebihi tahap suhu tersebut.
6. Setelah cukup masa 20 minit. Kita masukan glyserin sebanyak 30g dan sorbitol sebanyak 100g. Adukkan sedikit kemudian biarkan selama 1 jam. Aduk setiap 10 minit. Dan pelihara suhu panas 70° hingga 85° jangan melebihi tahap suhu tersebut.
7. Setelah cukup masa selama 1 jam. Tutup api dan tunggu panas menurun sedikit kepada 60° kemudian tuangkan ke dalam bekas acuan. Spray alcohol untuk hapuskan buih sekiranya ada. Kemudian kita tunggu sehingga ia sejuk dan mengeras dan selesai.
Itu saja cara membuat base sabun glyserin transparent. Selamat mencuba. Sekiranya ada pertanyaan boleh tinggalkan di komen. Jangan lupa like dan sabcrib youtube pibon channel. Terima kasih kerana menonton.
#BuatProductHomeMade
#BuatBaseSabunGlyserin
Ещё видео!