Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegur Pengerusi DAP Lim Guan Eng kerana memberi amaran kepada parti itu berganding bahu dengan PAS dalam perhimpunan solidariti Najib Razak, Isnin depan.
Guan Eng sebelum ini berkata, keikhlasan Umno dalam membentuk kerajaan perpaduan akan diragui sekiranya perhimpunan bersama PAS itu diteruskan.
Zahid ketika ditemui media pagi ini menempelak Guan Eng bahawa zaman dia sudah berlalu dan meminta dia tidak menyerang parti komponen dalam kerajaan.
Ещё видео!