Misi perdagangan ke Turkiye melibatkan 10 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia baru-baru ini berjaya menjana jumlah nilai dagangan sebanyak RM1.1 bilion
SME Corp dalam kenyataan berkata, misi ke Istanbul dan Sakarya, yang diadakan pada 26 Februari sehingga 6 Mac 2023 telah diketuai SME Corp dan Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MIICCI).
Sepanjang misi itu, sebanyak 97 siri perbincangan perniagaan telah diadakan melibatkan 72 syarikat Turki dan 10 syarikat Malaysia
Inisiatif ini untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global bernilai tinggi dengan mewujudkan peluang akses pasaran kepada usahawan tempatan untuk meneroka pasaran Turkiye
Delegasi Malaysia juga diberikan pendedahan mengenai peraturan dan undang-undang import Turkiye, keperluan perniagaan serta ciri-ciri pasaran tempatan
misi ini adalah sebahagian daripada usaha SME Corp untuk meningkatkan keupayaan pra-eksport PKS serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti perniagaan Malaysia menerokai pasaran global.
SME Corp Malaysia juga menawarkan beberapa inisiatif lain untuk menyokong pengantarabangsaan PKS melalui Program Pengukuhan Eksport PKS yang telah dibuka untuk permohonan mulai 15 Mac 2023.
Ещё видео!