Seiring sistem pendidikan yang berkembang maju pada masa kini, guru-guru di Kedah disaran menguasai teknologi agar embelajaran dan pengajaran dapat disalur dengan pantas kepada pelajar.
Exco Pendidikan Kedah, Datuk Tajul Urus Mad Zain berkata, golongan pendidik tidak boleh hanya berpandukan kokurikulum semata-mata dan perlu lebih bersikap terbuka dengan minda teknologi. Beliau ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Muda/ Yan 2017 di Bedong, Kedah.
Sementara itu, bekas guru, Ramli Shafei, 69 tahun dipilih sebagai Tokoh Guru Daerah Kuala Muda/Yan. Beliau menyifatkan anugerah yang diterimanya sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan beliau dalam mendidik anak-bangsa.
Ещё видео!