Labu masak lemak kuning ialah satu masakan berasaskan santan yang sangat cepat dan mudah untuk disediakan. Resepi labu masak lemak ini hanya memerlukan beberapa bahan asas termasuk daun kunyit dan daun selasih yang akan memberikan perisa yang istimewa kepada kuah.
Jika anda peminat lauk masak lemak, ini satu resepi yang anda perlu cuba. Sesuai makan dengan nasi panas dan dipadankan dengan lauk seperti asam pedas, sambal serai, sambal belacan dan ikan kering.
Selamat mencuba!
QWare Online STORE: [ Ссылка ]
* SUBSCRIBE:
[ Ссылка ]
Teks Penuh Video
===============
Selamat datang ke Nasser's Kithen. Resepi kali ini ialah Labu Masak Lemak Kuning. Satu resepi yang sangat mudah dan cepat disediakan. Kalau anda peminat lauk masak lemak, ini satu resepi yang anda perlu cuba, memang sedap! Jom kita ke dapur!
Untuk 4 hidangan, kita perlukan 1 kg labu. Boleh guna yang dah dipotong seperti ini. Buangkan biji , dan juga kulit. Kemudian potong seperti ini. Lebih kurang 3-4 cm, jangan terlalu besar , nanti lambat masak , dan jangan terlalu kecil, takut labu hancur pula.
Kita juga perlukan, 25g ikan bilis, 3 biji bawang merah kecil, 4 ulas bawang putih dan 2cm kunyit.
Kesemua bahan ini perlu ditumbuk. Kalau nak cepat boleh kisar dalam blender tapi rasanya tak sama dengan yang ditumbuk. Bukan lama pun tumbuk 5-6 minit je!
Kita juga perlukan 2 helai daun kunyit, 15g daun selasih dan 2 biji lada merah.
Akhir sekali 250ml atau 1 cawan santan segar, kalau tak ada santan peket pun boleh.
Terlebih dahulu , terima kasih kepada QWare kerana menaja peralatan memasak seperti periuk stainless steel ini untuk channel Nasser's kitchen. QWare digunakan di dapur profersional tapi juga sesuai digunakan dirumah. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk dalam description.
Panaskan 2 cawan air. Bila dah mula mendidih, masukkan labu yang telah dipotong. Kita akan masak labu dahulu dalam air sahaja. Ini kerana kita tidak mahu masak santan terlalu lama. Bila labu senang dicucuk hingga 1cm, labu dah separuh masak. Sekarang kita dah boleh tambah bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikasar tadi, bawang merah kecil, bawang putih, kunyit dan ikan bilis.
Tuangkan 1 cawan santan segar pekat, dan kacau supaya rata. Gunakan api yang sederhana kecil, kalau kita gunakan api yang terlalu besar, santan akan pecah minyak dan kuah kita akan kurang cantik.
Kemudian kita tambah cili merah yang dipotong. Fungsi cili merah lebih kepada hiasan tapi kalau anda suka kuah lemak yang pedas boleh tambah lagi cili merah, atau guna cili padi. Diikuti daun kunyit yang telah potong seperti ini, dan juga daun selasih. Kedua-dua bahan ini akan memberikan rasa yang istimewa kepada kuah masak lemak kita.
Saya suka kuah lemak labu yang tidak terlalu pedas jadi saya gunakan lada hitam yang ditumbuk, lebih kurang 1 1/2 sudu kecil. Boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa masing-masing.
Kacau! Jangan tak kacau! Renihkan 8-10 minit lagi atau sehingga labu empuk dan lembut, tapi jangan terlalu lembut. Kuah akan menjadi lebih pekat selepas dimasak kerana kanji dari labu akan larut kedalam kuah.
Tambahkan 1 sudu kecil gula dan 1/2 sudu kecil garam. Garam dan gula boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera masing-masing.
Akhir sekali , kalau suka boleh tambah 1/2 sudu kecil serbuk perasa. Tak letak pun boleh.
Labu masak lemak dah siap untuk dihidangkan bersama nasi putih dan dipandankan dengan lauk seperti asam pedas, sambal serai, sambal belacan dan ikan masin.
Kalau masih belum subscribe sila subscribe di YouTube dan follow di Facebook dan Instagram. Jangan lupa tinggalkan komen, like dan share! Selamat mencuba!
Labu Masak Lemak Kuning
Теги
labu masak lemak kuninglabu masak lemak che nomlabu masak lemak pucuk manislabu masak lemak udang keringlabu air masak lemak kuningsayur labu masak lemakmasak lemak cili api labu kuningmasak lemak putih labu kuningayam masak lemak labu kuninglabu kuning masak lemak ikan masinresepi sayur labu kuning masak lemaklabu kuningNasser's kitchennasserskitchen