DUA pakar perubatan kecemasan dan pensyarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) berganding bahu melakukan penyelidikan dan menghasilkan 'spacer' iaitu corong udara khusus untuk pesakit asma. Di samping berfungsi sebagai alternatif menggantikan topeng pengabut atau 'nebulizer', penghasilan alat pakai buang itu tidak memerlukan kos besar kerana boleh diperbuat daripada botol air dan cawan kertas. Kaedah pembuatannya juga mudah iaitu dengan menebuk bahagian bawah botol air untuk dijadikan lubang saluran ubat dan menghasilkan penutup diperbuat daripada mesin mencetak 3 Dimensi (3D Printer) bagi penggunaan cawan kertas. Pakar Perubatan Kecemasan dan Pensyarah HCTM, Dr Mohd Hisham Mohd Isa berkata, alat itu sesuai digunakan semua peringkat umur terutama warga emas yang mengalami kesukaran menggunakan . Katanya, ia kini digunakan di jabatan kecemasan dan wad sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berikutan keberkesanannya, alat itu digunakan sehingga kini bagi menggantikan ...
Ещё видео!