Tahu tak pentingnya untuk kita tahu jenis material kabinet dapur sebelum pemasangan? Ramai yang sudahpun ada gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman. Tapi, bagaimana pula dengan jenis material kabinet dapur? Ramai ke yang tahu material apa yang mereka mahukan?
Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ni Uncle Andrew nak kongsikan 4 jenis material kabinet dapur yang selalu kita dengar dipasaran. Teruskan menonton untuk mengenali setiap jenis material yang ada. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh kongsikan diruangan komen.
Selain daripada rupa kabinet dapur yang cantik anda turut perlu mengambil kira beberapa faktor lain seperti :
- Ketahanan kabinet dapur untuk jangka masa panjang
- Kekukuhan kabinet dapur mengikut penggunaan
- Kekalisan kabinet dapur terhadap air
- Kehadiran serangga perosak seperti anai-anai
Terdapat pelbagai jenis material kabinet dapur yang menjadi pilihan sama ada 3G Glass, 4G glass, arcylic, melamine dan sebagainya. Jom kita tengok persatu pilihan yang ada dipasaran dan bergantung juga kepada budget anda.
Okey material pertama Melamine /ABS Melamine. Melamine diperbuat daripada serat papan, habuk papan, dan gam sintetik atau pengikat yang sesuai, dan di mampatkan. Setelah itu, ia disalut dengan Laminated Melamine yang kemudiannya di kilangkan dalam pelbagai corak dan variasi warna. Antara kelebihan Melamine adalah:
1. Pilihan ekonomi / murah.
2. Tidak mudah untuk calar.
3. Tahan kelembapan
4. Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden, Moden Tropikal, Moden Kontemporari.
5. Terdapat dalam pelbagai variasi corak dan warna.
6. Handle pintu yang sesuai adalah jenis Knob, Potongan 45°, Hidden, Built-in Handle.
Permukaan Melamine tahan kepada air tetapi ia bukanlah 100% kalis air. Jika ia tidak dipasang dengan baik, air boleh masuk ke bahagian dalam kayu dan akan menyebabkan kayu mengembang.
Material kedua, 3G Glass Door. Jenis pintu seperti ini tidak menggunakan kayu tetapi glass dan aluminium sahaja. Mungkin ada juga yang terfikir adakah pemilihan penggunaan glass akan memberi kesan yang tidak selamat kepada anak-anak. Jawapannya adalah tidak kerana material glass yang biasa digunakan adalah yang bermutu tinggi dan bingkainya menggunakan built in handle. Antara kelebihan 3G Glass Door adalah:
1. Pemukaan berkilat kerana diperbuat daripada kaca.
2. Sememangnya kalis air
3. Tidak mudah calar.
4. Kemasan warna ada 2 variasi iaitu spray paint dan graphic sticker.
5. Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden.
6. Kotoran di pintu kabinet dapur mudah dilap atau dicuci.
Antara kelemahan 3G Glass Door pula, aktiviti biasa didapur tidak akan memecahkan 3G Glass Door, tetapi bahagian tepi pintu ini mungkin akan sumbing akibat haus. Hinges yang kuat juga diperlukan untuk menapung berat pintu.
Material ketiga, 4G Glass Door. 4G Glass adalah urutan generasi daripada 3G Glass yang di tambah baik. Material 4G Glass diperbuat daripada kaca yang disembur cat dan kemudian ia ditambah baik dengan profil rangka aluminium yang tersembunyi. Ini menjadikan rangka aluminium pada bahagian sisi pintu kabinet tidak kelihatan. Harga 4G Glass lebih mahal berbanding pintu 3G Glass Door.
Antara kelebihannya adalah:
1. 100% kalis air
2. Kotoran tidak lekat sebagai contoh minyak dan kuyit.
3. Pemukaan berkilat kerana diperbuat daripada kaca.
4. Mudah dibersihkan
5. Tidak mudah calar.
6. Sesuai untuk konsep dan tema dapur Moden Minimalis atau Scandinavian.
Material keempat, Acrylic. Berbeza dengan 3G / 4G Glass, Acrylic adalah bahan seperti kaca tetapi terbuat dari 'termoplastik lutsinar' dengan ketahanan yang kuat.. Bahkan, bahan ini juga mempamerkan sifatnya yang menyerupai kaca. Permukaan acrylic kelihatan lebih menarik disamping mempunyai pelbagai pilihan warna dan juga corak. Terdapat dua jenis pintu acrylic iaitu, acrylic tebal dan acrylic nipis.
Kedua-dua acrylic tebal dan nipis dihasilkan dengan cara yang berbeza. Acrylic tebal dilekatkan pada sekeping kayu dan hasilnya mempunyai garis sambungan yang sangat jelas. Sementara itu, acrylic nipis dilaminate pada kayu melalui mesin tekanan tinggi dan hasil kemasan acrylic nipis lebih bagus dan kesan sambungannya tidak kelihatan dengan jelas.
Semoga dengan sedikit info ini dapat memberi ilham kepada anda yang ingin membuat tempahan kabinet dapur. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh terus kongsikan dengan Uncle Andrew diruangan komen.
MATERIAL KABINET DAPUR PALING POPULAR
Теги
KITCHEN WORK TRIANGLEINTERIOR DESIGNWORK FLOWS IN KITCHENKITCHEN CABINETZON SEGITIGA KERJA DAPURKABINET DAPURSUSUN ATUR KABINET DAPURKESALAHAN SUSUN ATUR DAPUR YANG PERLU DIELAKDAPUR KEMASCARA SUSUN ATUR DAPURKABINET DAPUR CANTIKHOW TO GET A GOOD KITCHEN LAYOUTPROFECTIONAL KITCHEN CABINETPERFECT LAYOUT FOR KITCHEN CABINETCARA MENYUSUN KABINET DAPURAPA ITU ZON SEGITIGA DAPUR