Kerajaan Perak belum berhasrat membatalkan perjanjian jual beli tanah tapak cadangan lapangan terbang bertaraf antarabangsa di Seri Iskandar untuk diambil alih semula bagi meneruskan projek itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata, perancangan pembangunan lapangan terbang antarabangsa di Perak bagaimanapun tertakluk kepada hasil Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) Kementerian Pengangkutan yang sedang dijalankan ke atas semua 42 lapangan terbang sedia ada di seluruh negara.
Katanya, kajian itu yang berlangsung bermula 7 Mac lalu dijangka dimuktamadkan pada 7 September tahun depan, dengan memberi tumpuan kepada unjuran permintaan perkhidmatan penumpang dan kargo serta komitmen syarikat penerbangan yang ingin menggunakan lapangan terbang sedia ada.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan sempena sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Ipoh, hari ini.
Saarani (BN-Kota Tampan) berkata demikian sebagai merujuk kepada perkara dibangkitkan Angeline Koo Haai Yen (DAP-Keranji) mengenai penjualan tanah itu oleh pentadbiran sebelum ini, dengan mencadangkan kerajaan negeri membatalkan perjanjian penjualan tapak itu untuk diambil alih semula bagi meneruskan projek.
-------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
▪️ Telegram [ Ссылка ]
▪️ FB [ Ссылка ]
▪️ Twitter [ Ссылка ]
▪️ Instagram [ Ссылка ]
▪️ TikTok [ Ссылка ]
Ещё видео!