Islam Adalah Agama Fitrah
Sudah lama rasanya tidak membicarakan soal akidah, kali ini punya kelapangan dan kesempatan untuk menukilkan asas-asas Akidah yang dipegang oleh Ahlussunnah wal jamaah (ASWJ). insyaAllah
Apa yang dimaksudkan dengan fitrah itu?. Fitrah yang dimaksudkan dalam ilmu Tauhid adalah Agama Allah iaitu agama yang diciptakan oleh Allah s..w.t untuk sekalian hambanya supaya berada di landasan yang benar dan lurus. Agama yang diperintahkan oleh Allah ini merupakan agama yang sempurna, lengkap dan syumul. Ia wajib diterima oleh seluruh umat Islam tanpa menokok tambah dan mengurangkanny sedikit pun, bahkan tidak dibenarkan mengubah dan meminda hukum Allah s.w.t sebagaimana firman Allah s.w.t :
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ
(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(Ar-Ruum:30)
Fitrah kita sebagai manusia pula sememngnya memerlukan agama sebagai panduan hidup. Agama Islam merupakan agama fitrah untuk sekalian manusia kerana ia menyelamatkan manusia dari kesesatan dalam hidup dan menyembahan kepada sesama makhluk atau berhala yang tidak mempunyai sebarang daya,kuasa dan upaya untuk memberi manfaat hatta mudarat. Penyembahan yang diwajibkan dalam Islam adalah hanya kepada Allah s.w.t, Tuhan Sekalian Alam. Firman Allah s.w.t :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (al-Baqarah:208)
Agama Islam adalah satu-satunya agama yang diredha oleh Allah s.w.t, tidak ada yang serupa dengan agama Islam. Malah tidak ada juga agama yang mampu menyaingi apatah lagi melebihi kesempurnaan dalam agama yang lurus ini. Firman Allah s.w.t :
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِي
Dan sesiapa yang mencari Agama selain Agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (al-Imran :85)
Berikut adalah beberapa kesimpulan berkaitan Akidah :
Memastikan kebenaran iqtiqad seseorang mengenai Tuhan, Rasul, dan sa.'iyyat berlandaskan dalil naqli dan aqli.
Mengukuhkan keimanan dihati serta meyakinkan kewujudan Allah s.w.t dan keesaanNya (sifat kesempurnaanNya).
Membenarkan Aqidah yang dipegang oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat selepasnya.
Membongkar pendustaan dan keraguan orang kafir dan musyrik terhadap keimanan kepada Allah, malaikat, rasul-rasul, kitab Allah, hari akhirat dan qada' & qadar.
Amalan-amalan seseorang itu tidak diterima oleh Allah, kecuali mereka yang beriman dengan aqidah yang benar.
Aqidah merupakan perkara asas dalam Islam. Mereka yang jahil tentang aqidah umpama orang buta yang tidak mengenal rupa bentuk sendiri.
Aqidah merupakan paksi keimanan dalam diri. Mereka yang tidak beraqidah akan cenderung kepada fahaman-fahaman dan dakyah yang bertentangan dengan Islam.
Aqidah merupakan asas utama untuk membentuk diri menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan melakukan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Aqidah yang benar akan menyelamatkan manusia daripada kejahilan dalam kepercayaan yang karut dan sesat seperti penyembahan berhala dan kebergantungan hidup terhada sesama makhluk.
Kehidupan manusia akan berada dilandasan yang benar sama ada dengan Allah dan sesama manusia kerana ikatan yang terbentuk adalah daripada ikatan tauhid.
(koleksi ceramah sepanjang zaman yang menyentuh hati dan memberikan pengajaran kepada kita semua.
Ещё видео!