Gawai Dayak disambut oleh masyarakat bidayuh dan iban d sarawak pada 1 June pada setiap tahun.Masyarakat Bidayuh di Kampung Kiding Ulu Padawan Kuching Sarawak menyambut perayaan Gawai dengan sangat meriah iaitu dimulakan dengan upacara gawai mengikut adat lama dengan menyembelih seekor ayam dan
mengalihkan beberapa tenggorak manusia yg dibunuh semasa perang antara Kampung dahulu kala.Kepala musuh akan dipenggal dan diletakkan di dalam pangah tempat kami melakukan ritual pemujaan dan penyembahan kpd Kamang(penjaga kampung).Selepas Itu orang Kampung yg mahir bermain gong akan bermain gong dan penari traditional akan menari mengikut cara tarian masyarakat bidayuh area biya padawan.Namun sangat disayangkan kerana seiring peredaran zaman setelah mereka yg tua meninggal tiada yg mewarisi adat dan budaya tersebut.Tiada orang yg dapat membuat ritual adat dan penyembahan kerana ilmu tidak diwarisi kepada generasi baru.Sangat disayangkan sekali namun apa blh buat nasi sudah menjadi bubur.
Ещё видео!