Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan media sosial 😊
Alhamdulillah, saya Nur Nabila binti Ahmad Fadzli, siswa pendidik PISMP Semester 6 Pengkhususan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi telah berjaya menghasilkan satu produk inovasi berbentuk bahan bantu mengajar interaktif.
Produk inovasi ini adalah untuk memenuhi tugasan kerja kursus bagi subjek Inovasi Digital Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PAKK3152). Video yang tertera di bawah merangkumi aktiviti seperti menyebut nama-nama bulan dalam setahun dengan betul, menyanyi dan latihan pengukuhan.
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua yang sudi membantu sepanjang penghasilan produk inovasi ini.
Justeru, saya dengan rasa rendah hati memohon jasa baik para pengguna media sosial untuk memberi pendapat, respon dan pandangan mengenai produk ini untuk tujuan penambahbaikan.
Maklumat mengenai inovasi adalah seperti berikut:
🚀 Tajuk: The Best 12 Months in a Year
🚀 Bahasa Pengantar: Bahasa Inggeris
🚀 Sasaran : Murid-murid Prasekolah
🚀 Panduan Kurikulum: Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
🚀 Platform: Microsoft Powerpoint, Youtube, Audio Trimmer dan Online Video Converter
Antara kelebihan produk inovasi yang telah saya hasilkan adalah seperti berikut:
• Murid dapat mengingati nama-nama bulan berdasarkan hari istimewa pada bulan tersebut.
• Murid dapat menyebut nama bulan dengan sebutan yang betul.
• Guru atau murid boleh memilih antara empat buah lagu yang disediakan bagi aktiviti menyanyi.
• Soalan disediakan sebagai latihan pengukuhan.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan :)
Ещё видео!