Perikatan Nasional (PN) hari ini mendedahkan beberapa syarat yang didakwa dikenakan Kerajaan Perpaduan, yang perlu dipenuhi Ahli Parlimen pembangkang bagi membolehkan mereka mendapat peruntukan seperti yang dituntut.
Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata terdapat tujuh syarat keseluruhannya yang digariskan di bawah draf Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Peruntukan Pembangkang, yang diterima beliau pada 6 Ogos lalu.
Takiyuddin berkata, antara yang menjadi syarat adalah pengisytiharan harta, sokongan kepada kerajaan hingga tamat penggal Parlimen Ke-15 dan perkara berkaitan bangsa, agama dan Raja-Raja (3R).
Beliau berkata demikian pada sidang media media sempena Sidang Kemuncak State Government 4 (SG4) pada 2 September.
------------------------------------------------------------------------
#HMETRO #METROTV
▪️ Berita terkini di [ Ссылка ]
Ещё видео!