Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan maklumat lanjut terkini mengenai kemudahan i-Sinar iaitu pengeluaran Akaun 1 KWSP.
KWSP dalam kenyataan terbaharunya bersetuju untuk meluaskan skop i-Sinar yang akan memberikan manfaat sekitar 8 juta ahli yang terjejas.
Pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000 dan juga RM60,000 bergantung kepada kriteria yang terlibat.
Pengeluaran kemudahan i-Sinar ini akan membabitkan peruntukan sebanyak RM70 bilion.
Prosedur Memohon
Bagi kategori 1, pemohon boleh membuat permohonan i-Sinar seperti berikut:
Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui [ Ссылка ] mulai 21 Disember 2020.
1. Tiada dokumen sokongan diperlukan.
2. Kelulusan diberikan secara automatik melalui data dalam KWSP.
3. Pembayaran akan dilakukan bermula pertengahan Januari 2021.
Bagi kategori 2, permohonan i-Sinar boleh dibuat seperti berikut:
1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui [ Ссылка ] mulai 11 Januari 2021.
2. Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa 2 ke 3 minggu selepas pembayaran dibuat.
3. Pembayaran akan dijalankan sebelum akhir bulan berikutnya selepas mendapat kelulusan.
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari [ Ссылка ] untuk mendapatkan maklumat lanjut.
#isinar #kwsp #epf #akaun1 #covid19 #malaysia
Ещё видео!