Tahukah anda PPIM telah berjaya menyelesaikan lebih 10,000 aduan Ahlong sejak tahun 2017. Bantuan diberikan tidak mengira agama dan bangsa.
80% aduan yang diterima terdiri daripada pengguna berbangsa Melayu dan hampir 65% daripada merupakan kaum lelaki.
Peranan PPIM adalah untuk mendidik dan membantu mangsa yang tertindas. Kami tidak pernah menggalakkan mana-mana pengguna untuk membuat pinjaman dari pihak Ahlong. Justeru itu, hanya peminjam kali pertama sahaja yang akan diberi bantuan bagi melepaskan diri mereka dari terjerat dengan bebanan hutang Ahlong.
Alhamdullilah ramai yang berpuas hati atas bantuan dan layanan yang diberikan oleh pihak Unit Banteras Ceti Haram (UBCH) PPIM. Namun, tidak semua aduan dapat diselesaikan atas faktor pengadu sendiri tidak mempunyai wang untuk membayar.
Berikut adalah Testimoni daripada sebahagian bekas pengadu UBCH PPIM yang telah berjaya menyelesaikan pinjaman Ahlong atas bantuan dan kerjasama daripada Pegawai-Pegawai UBCH yang diberi kepercayaan membantu mematikan bunga yang dikenakan, mengurangkan caj pinjaman dan rundingan semula tempoh pembayaran.
Rakaman ini dibuat oleh UBCH PPIM yang beroperasi di Ibu Pejabat PPIM, Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur.
Terjerat Ahlong?Dapatkan Bantuan PPIM!
Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi:
Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur.013-3071 999 / 019-3458 444
03-4257 7222 / 03-4256 6618
Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: ahlong.ppim.org.my
Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.
#Share #JanganSalahPinjam #NoToAhlong #NasihatDariPPIM #JanganPinjamAhlong #PPIMPeduli #AhlongMusuhNegara
Ещё видео!