Musibah Banjir | Rakyat Tuntut Pengeluaran KWSP RM10,000 ONE-OFF Untuk Kali Terakhir!!
Seperti yang kita semua tahu, musibah banjir berlaku di beberapa negeri dalam Malaysia. Terdapat banyak buah rumah yang hancur dan ditenggelami, Terdapat banyak buah kereta dan Motorsikal yang rosak akinat banjir. Dikhabarkan ada barangan dan dokumen penting yang tidak dapat diselamatkan akibat air naik mendadak sejak semalam.
Rakyat baru sahaja memulakan hidup baru setelah PKP hampir 2 tahun dilaksanakan. Banyak wang dan modal diperlukan untuk memulakan hidup baru selepas PKP, tetapi ujian yang mendatang memberi sejuta dugaan kepada mereka yang terkesan dan tang terbaru kini adalah mangsa banjir.
Kos untuk baik pulih dan sebagainya tidak mencukupi jika hanya Rm1000 atau Rm5000, penduduk yang terkesan sahaja tahu bertapa memerlukan jumlah wang yang banyak untuk baik pulih dan bangkit semula selepas dilanda ujian sebegini.
Ramai ahli KWSP berharap kerajaan luluskan segera pengeluaran KWSP RM10,000 one-off agar ahli pencarum tidak terbeban dengan dugaan ini, sekurang-kurang meringankan beban yang ditanggung rakyat. Situasi Hujan turun yang sama, tetapi situasi ujian penduduk tidak sama. Rakyat merayu pengeluaran KWSP kali terakhir.
#kwsp #icitra #tuntutanrakyat #suararakyat #menterikewangan #tengkuzafrul #najibrazak
Ещё видео!