Empat suspek termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam 14 kes samun bersenjata sekitar Melaka dan Johor sejak setahun lalu ditahan polis.
Kumpulan itu dipercayai ada kaitan dengan kes samun pasangan warga emas, di Melaka.
Dalam kejadian pada 6 Januari lalu, tular di media sosial, selepas tiga suspek dirakam menyamun sepasang warga emas dengan mengacukan parang, berhampiran sebuah restoran di Melaka Raya.
Kejadian menyebabkan mangsa cedera pada jari selain kerugian kira-kira RM2,500.
Ещё видео!