Resepi Kek Sarang Semut
Resepi Kek Sarang Semut sesuai untuk makan petang bersama keluarga ia juga mudah disediakan.
Bahan-bahan:
• 1 cawan gula pasir
• 1 cawan air panas
• 1 sudu makan planta
• 1 cawan tepung gandum
• 2 sudu teh soda bikarbonat
• 4 biji telur
• 1 sudu teh esen vanilla
• 1 cawan susu pekat
Cara-cara:
1. Masukkan gula ke dalam periuk.
2. Masak gula hingga cair dan berwarna perang.
3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Masa ini kena berhati-hati ye kerana gula yang panas akan memercik bila dituang air panas. Sebab itu kena tuang air panas tu sedikit demi sedikit.
4. Bila gula sudah sebati dengan air, tutup api.
5. Masukkan planta dan kacau hingga planta larut sekata, sejukkan.
6. Ayak tepung dan soda bikarbonat, ketepikan.
7. Pukul telur hingga kembang.
8. Bila telur sudah kembang, masukkan susu pekat dan kacau hingga rata. (Guna speed rendah sahaja)
9. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus dipukul rata. (Juga guna speed rendah sahaja)
10. Akhir sekali, masukkan air gula yang sudah disejukkan tadi.
11. Pukul sebati.
12. Adunan ini selama 2 hingga 3 jam.
13. Setelah 3 jam, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan.
14. Masukkan ke dalam oven suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
15. Guna kuali pemanggang ajaib pon boleh jugak.
Resepi: Nordiana Diana
Facebook Groups: [ Ссылка ]
Ещё видео!