Cerita lagenda ini berasal dari masyarakat Kinabatangan. Menurut lagenda, manusia dan buaya boleh hidup bersama sepanjang sungai Kinabatangan. Mereka berkongsi sungai yang sama dan penghidupan mereka sangat aman malah tiada masalah. Seekor buaya putih merupakan ketua segala buaya di sungai itu. Buaya ini, iaitu Terrunggari, dihormati oleh semua buaya mahupun manusia. Terrunggari mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan manusia dan sentiasa dirujuk jika manusia dan buaya mempunyai percanggahan untuk mendapatkan jalan penyelesaian.
Ещё видео!