Salah satu adat dan budaya perkahwinan suku ksum rungus ialah acara Lumoput/ Monongivan atau Suai Kenal Mentua. Adat ini telah di praktikkan sejak dahulu kala dan wajib di buat oleh kedua pengantin lelaki dan perempuan. Tujuannya supaya kedua belah pihak pengantin dan mentua mentua dapat mengenali lebih dekat lagi serta kedua belah pihak sebelah lelaki atau perempuan dapat memberikan nama pangilan kepada menantu mereka. Perkara ini dapat mengeratkan lagi kemesraan kedua belah pihak pengantin. Adat perkahwinan suku kaum rungus sangat unik dengan adanya acara lumoput atau monongivan, suai kenal mentua. Saya simpan di sini sebagai rujukan kepada generasi akan datang supaya ada lumoput, monongivan atau suaikenal mentua ini tidak pupus di telan zaman. Diucapkan syabas dan tahniah kepada kedua pengantin kerana masih mengekalkan budaya dan adat lumoput di hari perkahwinan mereka yang semakin pupus di telan zaman.
#adatperkahwinansukukaumrungus
#acaralumoput
#acaramonongivan
#acarasuaikenalmentua
#rungusculture
#momogunrunguskudat
Ещё видео!