Dianggap antara tempat paling berhantu di Asia, muzium perang sebesar 20 ekar yang di Bukit Batu Maung ini sebenarnya adalah bekas kubu British pada waktu perang Dunia ke-2.
Dibina pada tahun 1930an, kubu ini kemudiannya ditukar menjadi penjara dan kem menyeksa askar Melayu, Sikh dan British yang ditawan oleh tentera Jepun. Oleh kerana orang tempatan tidak berani menjejakkan kaki ke sini, ia akhirnya terbiar dan diselubungi hutan selama lebih 50 tahun.
Pada tahun 2002 kubu ini dibangunkan semula oleh en. Johari dan dibuka untuk kunjungan orang ramai. Syabas dan tahniah kerana memulihara warisan sejarah sebagai tatapan generasi akan datang.
#penang
#muziumperang
#sejarah
Ещё видео!